Selasa, 22 November 2011

suara huru hara kelam kabut berebut keluar!

huru hara suaraku
kelam kabut nafasku
semua yang ada berjuta
marah,dendam,benci
berlumba mahu keluar
tak satu pun dapat ku susun
.........
aku bersandar di sebatang pohon
meraih oksigen suci
menarik nafas sedalamnya
melepas beransur-ansur

teraih damai nan sedikit
tersenyum..
dan meredhai
......
hanya tuhan yang tahu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan