Khamis, 8 Disember 2011

cerita hati untuk sendiri

..aku buka mata aku pada permulaan hari jumaat ini sekali lagi.alhamdulillah aku dikurniakan lagi nafas dan daya yang sedia tahu ianya hanya sebuah pinjaman yang tak ternilai harganya,,tak ternilai itu macam mana ya?tak ternilai tiada harga atau tak tahu untuk mengira nilainya?terpulang pada kita untuk menilainya,,aduhh awal pagi sudah mengira tentang nilai..apa salahnya kerna itu juga bagus,,sekurang-kurangnya kita boleh mencontohi al-khawarizmi atau nama sebenarnya abu abdullah mohammad bin musa(setelah aku rujuk tentangnya di internet,jika salah maafkan aku ya,,)tapi pada asasnya al-khawarizmi memang berkaitan dengan ilmu kira-kira.. ..berbalik pada permulaan tadi,setelah aku membuka mataku apa terlintas terus adalah untuk solat subuh,ya aku mahu berlatih menjadi insan dan ihsan,solat subuh itu juga ibu segala latihan,jika kita berfikir sedalam-dalamnya.contoh jika solat subuh 2 rakaat itu tidak mampu untuk kita laksanakan bagaimana dengan seterusnya?maksudnya untuk pergi kerja,membuat kerja di tempat kerja,bermasyarakat dan sebagainya,,ah apa agaknya yang aku merepek ni?tak kisahlah tapi yang aku mahu sampaikan inilah dia,aku tak mahir untuk menjelaskan dan meluahkan tentang ini(keajaiban solat subuh jika melakukannya) saat ini,,atau aku tak pandai nak terjemahkan idea/contoh yang tepat dalam bentuk teks,,atau aku memang tak tahu apa-apa...(tersenyum sendiri) ..apa yang mahu aku jelaskan pada susunan teks ini hanyalah sekadar apa yang terlintas di dadaku.dan apa yang berlegar di perasaan ku kala ini.mungkin ada yang membacanya nanti akan mengutuk berbagai bentuk,berbagai idea,berbagai nas-nas..itu aku tak kisah dan aku tak mahu ambil peduli,kerna ini hanyalah susunan askara untuk aku,bila nanti aku lalai dan melupakan tentang SOLAT SUBUH..tiada yang lain,,hanyalah cuma untuk diri ku.jika ada tersalah kata dan bahasa harap maafkan..eh?buat apa aku mahu minta dan mohon maaf..sudah aku katakan ini hanyalah untuk aku,askara yang aku taip dan bertukar bentuk dalam bentuk teks ini hanyalah untuk aku..jadi mustahil untuk aku tidak memaafkan diri sendiri..haha mustahil mustahil (sambil mengusap dagu)..aku ada terbaca dari cerdik pandai siapa orangnya aku lupa tapi aku ingat kata-katanya..'belajarlah untuk memaafkan diri,berilah diri ini ruang,jika empunya diri tidak memaafkan diri sendiri itulah punca terjadi menjauhkan tuhan dan menyalahkan tuhan langsung dan terus tidak percaya pada qada' dan qadar..begitulah lebih kurang bunyinya.. selamat hari-hari indah untuk semua.semoga ALLAH merahmati kita ~air itu perang dengan ketinggian..begitu juga ilmu ianya perang dengan kesombongan~ KISAH INI TIADA TUJUAN UNTUK RIAK