Selasa, 22 November 2011

pesta berkata-kata manis?

ramai kala ini..
bibir mereka asyik menyeru dan berkata baik,
lunak dan asyik.
jika madu itu manis,
manis lagi hipokrasi!

bertanyalah pada diri..
mengapa masih ada kehancuran dan
keburukan berlegar..?

~sekadar terlintas dari pensil yang mencari jiwa

suara huru hara kelam kabut berebut keluar!

huru hara suaraku
kelam kabut nafasku
semua yang ada berjuta
marah,dendam,benci
berlumba mahu keluar
tak satu pun dapat ku susun
.........
aku bersandar di sebatang pohon
meraih oksigen suci
menarik nafas sedalamnya
melepas beransur-ansur

teraih damai nan sedikit
tersenyum..
dan meredhai
......
hanya tuhan yang tahu

Ahad, 20 November 2011

BERANI DAN JANGAN SEKALI GENTAR!

berjuta-juta anak panah
yang dilepaskan oleh musuh
kearah KITA.
wahai saudaraku
yang sama-sama bersyahadah

berbagai cara serangannya
melalui busur-busurnya.
ada yang berapi
ada yang beracun
ada yang berbisa
ada yang laju
ada yang lambung

arahnya cuma satu
biar busurnya tepat ke dada
kerna di dada lah
tempatnya iman itu
bersemayam.

aku ingin sekali-sekali
mengatakan,
janganlah sekali takut
janganlah sekali gentar

ah biarkan saja
suakan dada itu kearah kubu musuh
kerna dada manusia yang bersyahadah
pasti dan mampu menterbalikkan 
sekalian segala busur itu kembali semula ke tempat perlepasannya bermula

kerna dada manusia yang bersyahadah dan beriman itu
tidak pernah sekali gentar
tuanglah asid,
kan kami neutralkannya semula
begitulah hebatnya
ALLAH.
mengurniakan kami nikatnya IMAN

dan sekali lagi pesanku
KITA JANGAN PERNAH SEKALI RAGU..