Sabtu, 28 Julai 2012

BARISAN YANG HILANG

di satu maghrib beberapa hari lalu,usai saja solat,berwirid dan berdoa terlintaslah persoalan di benak aku.haissh soalan lagi,hidup ini memang kerap dikunjungi persoalan,permasalahan dan akhir sekali ia akan menjadi sebuah penyelesaian yang cukup mengasyikkan dan ia terlalu indah sekali.dan aku tersenyum sendiri.sebuah pengakhiran itu adalah sesuatu yang sangat-sangat indah.tak terkata mulut untuk meluahkan,tak tertulis tangan untuk mencoretkan.terpulang pada semua untuk menjelmakan indah itu dalam bentuk bagaimana,burung berdecip-decipan di waktu matahari sepenggalahan naik itu juga indah,suara unggas bersahutan dalam hutan juga indah,anak anak riang bermain di taman bersama ibu dan bapanya kala petang itu juga indah,perpaduan sesama masyarakat dan kejiranan itu juga indah malah ia satu KEBAHAGIAAN yang tiada taranya.syarat sah keindahan dan kebahagiaan pada pengkiraan aku yang kerdil untuk mengklasifikasi secara tepat (setakat ini pada aku) akan indah ini adalah di mana keindahan itu adalah sesuatu perasaan yang damai,dimana tiada perasaan walang yang bersangkut dalam jiwa mahupun tersisa,tiada rasa ego membara dalam diri,dan sifat-sifat mahmudah mudah dijana dan menantilah akan kebahagiaan menyambut keindahan itu dengan tangannya yang luas dan menyejukkan seperti tangan seorang ibu membelai anak,menyentuh anaknya tika dirundung masalah.pengkiraan akan keindahan ini hanyalah pada penghematan aku sahaja yang sangat terlalu kurang dari segala serba-serbi bentuk,jasad,pemikiran,kekuatan dan segalanya.hanya DIA lah segalanya sempurna.dan berbalik kembali pada pengkisahan persoalan tadi,aku memerhatikan jemaah-jemaah yang hadir,dan aku yakin serta percaya bahawa dihati masing-masing terpahat satu niat yang suci iaitu hanya mahu mengabdikan diri hanya pada allah dan dalam erti kata lain,beribadah dan dalam bahasa mudah "membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang" hanya kerana ALLAH SWT.ya aku yakin dan percaya sekali.selepas sudahnya azan yang kita sudah maklumi ia sebuah seruan,seruan yang penuh akan apa yang perlu kita laksanakan sebagai seorang muslim disertakan iqamah lalu berpusu-pusulah makmum membuat satu barisan atau saff yang sedia maklum tempatnya di belakang imam dan sudah pasti juga dihadapannya imam yang akan menerajui solat yang akan didirikan pada waktu itu.disini kita lihat adalah satu pembentukan,penyatuan dan kesepakatan yang amat dikehendaki jika mahu berjaya seperti yang terkandung dalam rangkap azan itu tadi HAIYAA LAL FALAH.ini adalah satu yang cukup sempurna dan satu formula yang cukup berkesan untuk berjaya atau dalam bahasa azan HAIYYA LAL FALAH.tapi realitinya tidaklah sekali-kali begitu,realitinya cukup lain seperti minyak dalam air yang pasti takkan bersatu,seperti langit dan bumi,seperti helang dan kumbang,jelas sekali kerana fenomena ini sudah pasti kan semua orang rasa,usai sahaja melakukan solat berjemaah dan berdoa bersama barisan yang bersatu tadi tidak lagi menjadi sebarisan direaliti,ia bergerak dalam berkelompok,berpecah belah hanya kerana satu fahaman atas landasan nafsu sendiri dan terlalu beremosi dalam menjalani hidup di dunia.oleh kerana aku faham apa itu dunia tidaklah aku beberapa kecewa sangat,tapi aku sedih kerana erti makna syahadah itu,erti makna tuntutan itu tidak sekali di fahami dengan telus dengan hati dan otak yang terbuka dengan luasnya kerna takut,dan ditakut-takutkan dengan kefahaman yang tak meluas bahawa perintah allah itu hanya halal dan haram sahaja.yang mempercayai mistik terlalu taksub akan mistiknya,mempercayai benda ghaib itu dituntut tapi ghaib yang bagaimana,ALLAH ghaib,itulah ghaib yang sebenarnya,yang lain itu sama sahaja cuma sifatnya lain,itu adalah bentuk kejadiannya,,yang mempercaya realiti terlalu taksub dengan realitinya hinggakan tidak mempedulikan kuasa ALLAH yang sangat ghaib itu.aku hanya menulis apa yang aku rasa,cuma apa yang aku rasa.mudah-mudahan ada yang berguna.aku ini bukan siapa-siapa tapi tak bermakna aku ini bukan siapa-siapa aku tak boleh bersuara,kerna suara ini juga ada haknya,wallahullam