Selasa, 21 Ogos 2012

SYAWAL 1433 JATUHNYA PADA ISNIN 19 OGOS 2012

raya datang lagi,semua umat islam sedang bergembira tapi ada juga yang kurang bergembira dan tak merasa apa-apa langsung bila syawal tiba.semua itu adalah ujian dan ketentuan dari ALLAH dan itu semua adalah hikmah untuk semua umat manusia.doa saja padaNYA dan usaha untuk mencapai yang terbaik untuk diri,semoga kelapangan rezki kita kecapi bukan hanya untuk syawal,tapi seterusnya pada bulan-bulan yang lain dari muharam hingga zulhijjah,kebahgiaan dan kegembiraan bukan hanya pada syawal tapi untuk setiap bulan.carilah kebahgiaan pada setiap bulan dan hari-hari yang kita tempuhi.andai ada kesedihan tabahkanlah jiwa agar kuat menghadapinya,aku yang sedang belajar secara berterusan tentang keredhaan mengahadapi ketentuan,,

Sabtu, 28 Julai 2012

BARISAN YANG HILANG

di satu maghrib beberapa hari lalu,usai saja solat,berwirid dan berdoa terlintaslah persoalan di benak aku.haissh soalan lagi,hidup ini memang kerap dikunjungi persoalan,permasalahan dan akhir sekali ia akan menjadi sebuah penyelesaian yang cukup mengasyikkan dan ia terlalu indah sekali.dan aku tersenyum sendiri.sebuah pengakhiran itu adalah sesuatu yang sangat-sangat indah.tak terkata mulut untuk meluahkan,tak tertulis tangan untuk mencoretkan.terpulang pada semua untuk menjelmakan indah itu dalam bentuk bagaimana,burung berdecip-decipan di waktu matahari sepenggalahan naik itu juga indah,suara unggas bersahutan dalam hutan juga indah,anak anak riang bermain di taman bersama ibu dan bapanya kala petang itu juga indah,perpaduan sesama masyarakat dan kejiranan itu juga indah malah ia satu KEBAHAGIAAN yang tiada taranya.syarat sah keindahan dan kebahagiaan pada pengkiraan aku yang kerdil untuk mengklasifikasi secara tepat (setakat ini pada aku) akan indah ini adalah di mana keindahan itu adalah sesuatu perasaan yang damai,dimana tiada perasaan walang yang bersangkut dalam jiwa mahupun tersisa,tiada rasa ego membara dalam diri,dan sifat-sifat mahmudah mudah dijana dan menantilah akan kebahagiaan menyambut keindahan itu dengan tangannya yang luas dan menyejukkan seperti tangan seorang ibu membelai anak,menyentuh anaknya tika dirundung masalah.pengkiraan akan keindahan ini hanyalah pada penghematan aku sahaja yang sangat terlalu kurang dari segala serba-serbi bentuk,jasad,pemikiran,kekuatan dan segalanya.hanya DIA lah segalanya sempurna.dan berbalik kembali pada pengkisahan persoalan tadi,aku memerhatikan jemaah-jemaah yang hadir,dan aku yakin serta percaya bahawa dihati masing-masing terpahat satu niat yang suci iaitu hanya mahu mengabdikan diri hanya pada allah dan dalam erti kata lain,beribadah dan dalam bahasa mudah "membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang" hanya kerana ALLAH SWT.ya aku yakin dan percaya sekali.selepas sudahnya azan yang kita sudah maklumi ia sebuah seruan,seruan yang penuh akan apa yang perlu kita laksanakan sebagai seorang muslim disertakan iqamah lalu berpusu-pusulah makmum membuat satu barisan atau saff yang sedia maklum tempatnya di belakang imam dan sudah pasti juga dihadapannya imam yang akan menerajui solat yang akan didirikan pada waktu itu.disini kita lihat adalah satu pembentukan,penyatuan dan kesepakatan yang amat dikehendaki jika mahu berjaya seperti yang terkandung dalam rangkap azan itu tadi HAIYAA LAL FALAH.ini adalah satu yang cukup sempurna dan satu formula yang cukup berkesan untuk berjaya atau dalam bahasa azan HAIYYA LAL FALAH.tapi realitinya tidaklah sekali-kali begitu,realitinya cukup lain seperti minyak dalam air yang pasti takkan bersatu,seperti langit dan bumi,seperti helang dan kumbang,jelas sekali kerana fenomena ini sudah pasti kan semua orang rasa,usai sahaja melakukan solat berjemaah dan berdoa bersama barisan yang bersatu tadi tidak lagi menjadi sebarisan direaliti,ia bergerak dalam berkelompok,berpecah belah hanya kerana satu fahaman atas landasan nafsu sendiri dan terlalu beremosi dalam menjalani hidup di dunia.oleh kerana aku faham apa itu dunia tidaklah aku beberapa kecewa sangat,tapi aku sedih kerana erti makna syahadah itu,erti makna tuntutan itu tidak sekali di fahami dengan telus dengan hati dan otak yang terbuka dengan luasnya kerna takut,dan ditakut-takutkan dengan kefahaman yang tak meluas bahawa perintah allah itu hanya halal dan haram sahaja.yang mempercayai mistik terlalu taksub akan mistiknya,mempercayai benda ghaib itu dituntut tapi ghaib yang bagaimana,ALLAH ghaib,itulah ghaib yang sebenarnya,yang lain itu sama sahaja cuma sifatnya lain,itu adalah bentuk kejadiannya,,yang mempercaya realiti terlalu taksub dengan realitinya hinggakan tidak mempedulikan kuasa ALLAH yang sangat ghaib itu.aku hanya menulis apa yang aku rasa,cuma apa yang aku rasa.mudah-mudahan ada yang berguna.aku ini bukan siapa-siapa tapi tak bermakna aku ini bukan siapa-siapa aku tak boleh bersuara,kerna suara ini juga ada haknya,wallahullam

Selasa, 19 Jun 2012

zubir memandang ke luar tingkap train yang sedang bergerak laju itu,anak matanya menangkap setiap pemandangan yang dilihat.pemandangan kota yang sesak dengan kereta,lori dan rempit2,,eh rempit bukan kenderaan la,maksud zubir moto.semua bergerak laju menuju ke destinasi masing2 termasuk la train yang sedang dinaiki oleh zubir ini,,masjid,gedung indah,bangunan mcdonald semuanya ada di kota ini,lengkap dan padat cam iphone.oh di kota ini ada masjid, tapi bersaing dengan kejahatan,,,tiba-tiba operator yang bertugas untuk mengumumkan nama tempat itu berbunyi,menandakan sudah tiba di satu destinasi,,"brgggbbrkkk zzzzzzrrkkk(bunyi mic)"....bunyi mic sebelum operator tu bercakap,,mati2 zubir ingatkan bunyi lipas yang bergerak2 atas atap train tu,rupenye bunyi mic yang serdak2..hahaha lalu bersuara ;la operator rupenye hahaha, "sssttttt ssstttt"operator ni nape la,sempat lak,bersihkan gigi pakai lidah,cfm pas makan nasik ni,,,,," gulk gulk "aduh bunyi teguk air lak,,ehem2 "stesen seterusnya JAHILIYAH..JAhiliyah,,,"(ooo patut la pun)...sambil zubir meraba koceknya,,hurmm wang perak,sambil tersenyum berani

Ahad, 26 Februari 2012

..sedang aku mengemas bilik,aku terjumpa balik buku catatan lama.lama tersimpan di dalam kotak barang-barang aku.lama aku renunginya.mengingati kembali.jenis apakah memori aku bersama buku ini.otak ku bejat memikirkan kembali jenis memori apa yang bertaut dan bergayut di dalam buku ini langsung terus di ruang memori otak aku,untuk tidak menyakitkan otak aku,aku mencapai lalu membukanya.. "hah,,kan senang,bukak je terus,tak yah nak pikir-pikir,,"kah kah kah,,(kembali baca dalam nada serius dan hening)..dan aku membelek satu persatu,helaian demi helaian,,muka surat demi muka surat...dan mata aku terpaut pada helaian suku muka surat buku catatan ini,aku membaca tarikhnya,harinya dan aktiviti apa yang berlaku pada masa itu,,dan aku seperti merasakan aku kembali semula pada tika itu,seperti "back to the future" layaknya..walaupun masa lalu adalah sangat jauh dari kita sebenarnya,merujuk kepada kata-kata imam al-ghaazali..."apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini,jawapnya masa lalu.." dan aku mula menaipnya untuk aku kongsi pada mereka-mereka yang terlibat hahahah ALIF,BA TA ...PERGI (tuka,,selalu one two three,go! hehe)


TARIKH TULIS:6 JULAI 2009
TAJUK:KENANGAN UNTUK WAKTU DEPAN
AKU SALIN KEMBALI CATATAN INI ORIGINAL DENGAN APA YANG AKU TULIS PADA BUKU ITU...camne nak tau original ye?tentulah -made in japan-.."sumber dari hanep" hehehe..dan aku mula menaip kembali,,,yearghh...

6/7/2009
..terganggu sekejap waktu aku nak tulis kisah ini.IJAT(amiru izat ala-ala ahkau kedai moto cakap) telefon,tanya aku kat mana,,aku kat umah baru sampai dari penang..penang?ya penang,pulau pinang-pulau mutiara tu hahaha dan sebab tu la aku nak ceritakan dan aku mula menulis..

SABTU- 4 Julai 2009
WAKTU 9:45 malam

aku bersiap-siap mandi untuk pergi ke Penang,bercuti.percutian ini aku dan rakan-rakan ku rancang 2 minggu sebelum tarikh ni.jadi aku siap-siap kemas beg and start your engine (cewah,,,cam dalam game daytona lak kan)hehe..Mula-mula sekali aku pegi amik si pais ni dulu.dari pais banyak jugak barang yang nak dibawakannya seperti beg pribadi dia,dan barang-barang yang dibekalkan oleh maknya kepada makciknya,, yang tinggal di Penang.haih ape da,,aku tulis,tapi paham-paham la sendiri.haha..oh lupa kitorang  stay kat rumah makcik dia la,dekat jalan air hitam,kuarters imegresen,dan barang-barang tu termasuklah pulasan,sekotak serai dan apa lagi tah barang dia..setel pais kitorang gerak ke taman seri amik azri dulu pastu terus ke rumah epit,sampai umah epit kitorang susun barang dan gerak!(sesudah tunggu ayahnya selesai solat,yela nak salam kan dan dalam masa itu pais tidak melepaskan peluang untuk pergi ke cimb bank untuk keluarkan duit..masyukkkkk).singgah sebentar kat 7 eleven pekan Batang Kali beli air kinetic(air tenaga) supaya tidak mengantuk ketika mengantuk nanti la konon,,chett podah!setel kat 7E gerak menghala arah utara sesudah mengisi minyak di shell KKB sebanyak RM 40.00.kami ikut jalan lama dari TANJUNG MALIM-SLIM RIVER-BIDOR-SUNGKAI-TAPAH-KAMPAR.di JERAM kami kena tahan dengan polis yang membuat roadblock,urusan mengambil masa lebih kurang 30 minit,,teruskan perjalanan menuju -GOPENG-SIMPANG PULAI.jumpa JASRIE sekejap kat 7E kampung tersusun sengat.lebih kurang 20minit gerak semula.tukar driver,pais bawak (katanya nak belajar jalan ipoh..podah!).dari ipoh kami masuk plus highway.melalui tol jelapang menghala ke utara.berhenti kat hentian sungai perak,makan-makan kejap (nasi lemak dan ade seorang yang sempoi makan megi cup perasa kari itulah dia epit,,sempoi die ni)hahahaha...teruskan perjalanan.masuk ke penang bridge dan dikenakan tol sebanyak RM 7.00.semasa masuk melalui jambatan pulau pinang tu angin kuat.kete agak bergoyang ditiup angin.cermin kereta kami terkena tempias air.(pais kate air laut..yela mengikut apa yang dia kata dan apa yang terjadi mungkin benar,air dari laut tu kene tiup angin,dan angin itu membawa beberapa titisan kecil air laut yang berada dibawah jambatan tu naik ke atas dan sudah pasti la terkena cermin kereta kami..dengan mata yang terpejam ala-ala epul fais menerangkan..menandakan dia tahu,dan biasa dengan negeri pulau pinang ni,,rupa-rupanya memang hari nak hujan,beberapa minit lepas tu hujan turun dengan lebatnye,,,hahaha pais memang pakar di negeri pulau mutiara ni,,)ketika itu jam lebih kurang 4:00 pagi,10 minit selepas itu kami pun sampai di rumah pakcik dan makcik pais,setelah salam dan berbasa-basi kami pun masuk tido..tido memang bes,dah la hujan ade pulak kemudahan air-cond 'keng'....dan tido..terus tidooo..sambil itu berebut-rebut selimut dan epit dengan semangatnya merampas tuala mandi aku yang disangkakan selimut gebu kah kah amiik la pit kalau ko "tolok" tapi yang peting bila aku nak mandi sok ko bagi la ye kah kah,,tapi epit tak jadi mengambilnya hahaha,,amik la aku tak kisah sambil aku menyelimuti tubuhku dengan selimut yang berjaya aku meraihnya semasa adegan rebut merebut tadi keh keh,,,pui pui pui
                                                                                                     
                                                                                               ................... ZZZZZZzzzzZZZZZ

HARI;AHAD
TARIKH:5 JULAI 2009

...BANGUN PAGI,,setelah diganggu dengan alarm dari henfon sony ericson aku yang merdu pada aku dan menyakitkan hati pada pais,epit dan juga azri,tapi azri tak cakap sebab watak azri sangat cool dalam episod percutian ini,,hehe dan juga bantuan dari panggilan telefon dari emak epit dikala waktu subuh dah masuk,..
Kami disediakan sarapan roti cicah kari.sedap gila kari dia,,original mamak,,yeah ujar pais kepada aku,azri dan epit sambil mata terpejam buat kedua kali kah kah,,usai bersarapan yang disediakan oleh makcik dan pakcik pais (terima kasih pakcik dan makcik,sebenanya segan,dah la tempat tinggal disediakan,mandi,makan semua disediakan,,terasa segan pulak kami,,tq makcik dan pakcik sekeluarga lagi sekali)heheh mungkin ade yang membaca ini senyum sinis dengan sikap aku yang segan ni hahahahaha...
sesudah itu,,kami pegi ke road-walk,banyak barang rare,,menurut apa yang pais cakap,,matanya kali ini tak terpejam,sebab dia yakin yang ini pasti betul.macam-macam ade jual kat sane,dari syiling,gambar lama,surat cinta sape tah semua ada,,,pastu kami pegi ke rumah P.RAMLEE,ke sana kami jalan kaki je,dekat je,,kami ambik gamba apa yang patut dan melihat apa yang patut mengenai P.RAMLEE.selepas itu selesai kami minum kejap cendol yang dijual betul-betul di hadapan rumah P.RAMLEE..selepas itu kami gerak,,,ehhh terlupa,,aku,azri dan pais je gerak,,epit tinggal.sebab dia kata ade urusan,nak jumpa membe dia pasal insurans,,,haha "batu zamrud itu berwarna hijau"(jangan risau pit,cerita ini disunting dengan selamat)hahaha..kami balik kerumah dan tido la ape lagi,"TAH APE-APE TAH" bak kata azri pasal percutian ni hahaha.,,bangun je tido makan,makanan disediakan lagi(malu kami tersipu-sipu)haha,,menu makan tengahari kami nasi padang..segan gak rasa,terasa menyusahkan,,kata aku dalam hati,mungkin juga hati azri bersuara begitu,,sambil menyuap nasi ke mulut hahaa..lepas tu rehat-rehat,berbual kat halaman rumah makcik dan pakcik pais sambil melihat suasana sekeliling..pastu masuk rumah,,tengok tivi dan berbual-bual dengan pakcik pais,,sekitar dalam jam 6:00 petang kami keluar balik pegi amik epit terus ke chow rasta,port jual asam dan makanan ringan,aku beli halwa pala madu (dan-dan ade manis je, buah tu terus di namakan madu kat hujung dia haha) dan buah kabong, ke kaboi? ke entah haha.selesai membeli buah tangan apa yang patut kami berjalan-jalan menuju ke arah batu feringgi,lalu tanjung bungah(tepi pantai) lepak jap,jalan-jalan kat situ amik gambar kenangan,,seronotnye ye? yehaaaa,,,pastu menuju batu fringgi.wah memang best tempat dia,suasana dia,nak singgah tak sempat sebab nak masuk waktu solat maghrib jadi jalan-jalan cuci mata dalam kereta je la,haha..

MALAM

selepas solat maghrib,kami bersembang-sembang dengan pakcik dan makcik pais yang banyak melayan kami ibarat menantang minyak yang penuh,,aha berbual-bual sambil makan cempedak goreng yang dimasak oleh makcik pais,selapas isyak kami keluar makan malam kat area pantai seagate dekat dengan pulau jerjak.kami memilih makan di restoran ISMAIL &DIN TOMYAM(sebelum sampai kesitu kami sesat mencari lokasi tempat makan ni,jadi kami bertanya kat orang tempatan,dan pais yang tanya dengan menggunakan loghat utara,,,sudah lah kiangg hahaha)makan punya makan kami pun jadi kenyang lah kan,,takkan hiba kot hehe. kami makan telur dadar,kailan ikan masin 2 orang makan,siakap bakar,sotong bakar,nasi putih dan semangkuk besar sup kosong yang benar-benar kosong,,hahaha tersaruang)tapi ok la...pastu jalan-jalan kejap menikmati suasana malam di town ewahhh dan balik  dan tido lagi...

HARI:ISNIN
TARIKH:6 JULAI 2009 

BANGUN pagi,,hari terakhir.mandi-mandi untuk siap berangkat pulang.,mackik pais menyediakan sarapan nasi putih,sardin dan ayam tandoori dan terjadilah kenyang haha,,setelah selesai segala,kitorang pon gerak balik,sebelum tu tentulah kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada makcik pais sekeluarga yang melayan kami ibarat menatang minyak yang penuh,terima kasih yang tak terhingga kepada makcik pais dan keluarga hanya ALLAH yang dapat membalasnya,,kami pun gerak balik tetapi sebelum tu kami singgah ke chowrasta sekejap sebab pais nak beli asam untuk IRA,aku beli asam katok,,selesai kitorang gerak,dalam perjalanan menuju ke jambatan kami singgah sekejap tepi jalan gamba pemandangan arah seberang prai,sambung jalan dan masuk highway plus,kat gunung semaggol nak beli jambu sebab epit cakap kat situ banyakkkkkkkkkkkk jambu tapi takda(matanya terpejam jugak semasa mengatakan perkara tersebut)..alang-alang berhenti situ minum je la,,,kami meruskan perjalanan balik dan berhenti kat perhentian mane tah sebab epit dengan azri nak beli limau bali,dan bergerak semula.singgah lagi kat hentian tapah,sekejap,buang air besar(sopan nye ) dan teruskan pemanduan yang di pandu oleh epit setelah bertukar dengan azri.sampai tanjung malim tukar driver,pais amik alih.sampai batang kali hantar epit dulu pastu azri kemudian pais dan aku pun balik la ke rumah aku,,jadi tamat lah cuti yang tak sempurna sangat ni,tapi enjoy!walaupun ini adalah bajet holiday hahaha,,ia menjadi kenangan untuk aku mungkin juga pada azri,epit dan pais kalau mereka nak amik jadi kenangan la,haha ini JULAI 2009 punya memori,takkan berulang tapi dikenang untuk waktu hadapan,,eh terasa sedih ke?hehe zaman bebas,bebas,bebas..
kala aku sampai jam menunjukkan jam 2:45 petang

TOTALPERJALANAN:731.2KM
PETROL(ULANG-ALIK):RM 95.00
TOL:IPOH-PENANG RM15.00,PENANG BRIDGE RM7.00-PENANG IPOH RM16.50-IPOH-     TANJUNG MALIM RM 17.50.

LAGU-LAGU YANG SERING BERKUMANDANG DI RADIO KETIKA PERCUTIAN KONON-KONON NI,,

        KUMP.THE LIMA (HAHA)RADIO HOT.FM (ALIF OIAM-PLEASE PLEASE haha ,)



PERHATIAN:MOAP DEN YO NYO ADO SILAP SALAH DEN SOBUIK,,SUMO DEN NIEK GURAU NYE,,,JANGANLAH ANGRY...YO LA EH EH DAH BOSAR PAJER DAH,,,HIBO HATI AYAM HAHAHAHA..

-BAHASA YANG DIGUNAKAN TERAMAT LAH PASAR,SEPERTI PASAR MAT GIAN JUAL BARANG CURI..MAAF LA YE,,,